asslammualaikum…
okey..okey..aku tau…post ni dah basi…since aku dah lame habis clerksyip. tapi, aku nak post jugak sebab aku dah start, so kene la habiskan, betul dak?
actually, haritu sibuk dengan study and exam week. so takde mase nak update blog..plus, mood pun takde gak nak berblogging. kalau takde mood nak menulis, macam mane nak update blog kan?
so, last 2 clerksyips aku ialah TPN = Total Parenteral Nutrition and Pharmacy Management. 2 clerksyips last ni agak relax sikit la. bagus jugak schedule aku ni since time tu nak dekat study week so, takde la tension sangat dengan clerksyip.
firstly, cakap pasal TPN. clerksyip ni best maybe sebab lecturer yang mengajar ni sempoi kot. sebab kalau ikutkan TPN agak boring jugak la. tapi, sebab lecturer ni kelakar, so tak la boring sangat.
TPN ni kitorang belajar pasal pemberian nutrisi yang secukupnya kepada patient. of course la patient yang kurang nutrisi macam bayi, orang tua and patient yang tak cukup zat (malnutrition).
dalam TPN, kitorang belajar pasal keperluan nutrisi dalam kehidupan seharian. kitorang jugak belajar pengiraan nutrisi yang diperlukan oleh seseorang individu berdasarkan berat dan umur (if im not mistaken).
dari pengiraan, kita akan tahu berapa banyak karbohidrat diperlukan, berapa banyak glukosa diperlukan etc etc etc.
tapi, prosedur penyediaan TPN ni lebih kurang sama macam anti-cancer drug. ada pakaian khas dan bilik khas untuk penyediaan TPN. sebab nutrisi akan diberikan kepada pesakit melalui salur darah. jadi, kita kena pastikan TPN yang disediakan bersih, selamat dari sebarang bakteria atau bendasing. taknak la lepas dah bagi nutrisi secukupnya, pesakit dapat jangkitan pulak kan?

with our TPN preceptor at Hospital Pulau Pinang
with another TPN preceptor

time praktis penyediaan TPN. kad manila putih tu konon-kononnya laminar flow cabinet ar….heh~


praktis dengan tekun untuk praktikal test esoknya =)


macam nak gaduh pun ade

praktikal test. turn aku. dr baidi duduk sebelah tengok if aku ade buat kesalahan. tudung aku dah tak betoi dah…
group picture kena ambik. wajib!
lagi….
dan lagi….

dan lagi…. ==!
macam best plak pakai jumpsuit ni. haha
satu-satunya clerksyip yang tak banyak gambar ialah last clerksyip : Pharmacy Management.
nama pun pharmancy management, so clerksyip ni mengenai pengurusan la. lebih-lebih lagi pengurusan stok ubat-ubatan. bagi aku, walaupon aku tak berminat sangat bab-bab pengurusan ni, tapi pengurusan sangat penting bagi sesebuah institusi. pengurusan ubat-ubatan yang bagus akan menentukan kelangsungan bekalan ubat di sesebuah hospital. setiap tahun, bajet mesti dibuat dengan baik supaya tak over-budget dan kurang stok.
pembelian ubat pun mesti bijak. beli yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. beli dengan kuantiti yang setimpal supaya tak over-budget dan semua pesakit dapat manfaat.
itulah overall pasal pharmacy management. yang tak syok pasal clerksyip ni, sebab ada viva dengan preceptor kitorang iaitu Mr. Imran. nak tak nak report pasal pharmacy management ni kitorang kene master habis-habisan and plus kitorang kene tau serba sikit pasal basic accounting.
kitorang dengar from previous groups, Mr Imran ni tanya macam-macam pasal pharmacy management and pasal accounting. aku dah berdebar gile sebab aku tak minat pasal management ni plus aku takda basic pun sebab aku tak amik management in pharmacy as elective mase aku 2nd year.
tapi, hari viva tu, Mr Imran mintak explain pasal accounting cycles je. die kate if kitorang dapat lengkapkan accounting cycles tu die takkan tanya soalan lain dah. haha! and our group dapat jawab soalan tu! (even though aku tak menyumbang pon). walaupon agak geram la jugak sebab aku gedebuk-gedebak study and bace report pharmacy management ni sekali die tanya accounting cycles jek. tapi, takpe. aku assume die suka group kitorang kot….heh~


0 repekan...:
Post a Comment