assalammualaikum…
dah selesai minggu kedua clerksyip aku. minggu ni aku kat bahagian Cytotoxic Drug Reconstitution untuk Oncology Pharmacy clerksyip aku.
overall, ermm..boring la sket clerksyip ni even setengah hari je duduk hospital tu.
ok. ape itu oncology? oncology ni study pasal cancer. so, basically kitorang belajar macam mana nak handle ubat-ubat kanser and kemoterapi atau dalam bahasa kitorang ialah cytotoxic drugs.
cytotoxic drugs ni bukan macam ubat laen yang boleh amik and letak dalam botol kaca or plastik lepas tu bagi kat pesakit. no. big no no.
ubat cytotoxic ni merbahaya sebab kalo ubat ni terdedah kepada orang bukan kanser (orang kanser pun berisiko jugak), ubat ni boleh menyerap melalui kulit atau masuk melalui sistem pernafasan and boleh induce kanser dalam badan orang yang sihat. macam tu la kirenye secara ringkas.
kalau yang mengandung atau yang dah berkahwin sangat la berisiko tinggi kalau terdedah dengan ubat cytotoxic ni sebab boleh menyebabkan pengguguran secara spontan, atau menyebabkan kecacatan bayi.
bahaya kan?
orang perempuan tak digalakkan bekerja kat unit ni dipanggil CDR (Cytotoxic Drug Reconstitution). kat unit ni, semua kerja penyediaan ubat dilakukan dalam bilik tertutup dan bersih. bilik khas ni dipanggil ‘clean room’.
semasa penyediaan ubat ni pun, ada pakaian khas yang perlu dipakai and aksesori lain macam mask, gloves (2 lapis), penutup kepala etc etc untuk menjaga keselamatan diri sendiri.
ok. jom tengok gambaq.
ni la rupe pakaiannye bile duduk dalam clean room. orang ni tengah sediakan botol IV untul IV infusion (kalo tak tau, google ok?). lepas dah siap dia akan ‘sterilekan’ dengan alcohol and pass kat orang yang kat dalam bilik belakang tu (nampak x?) menggunakan passing box. orang duduk kat bilik belakang tu tengah prepare ubat cytotoxic.
ni pulak bilik untuk packing and label ubat yang dah siap. nampak tak orang yang tengah duduk kat bilik belakang tu? dia tengah prepare ubat cytotoxic la tu. dia prepare ubat dalam satu ‘cabinet’ khas untuk prepare ubat cytotoxic.
ubat yang siap packing.
ok. itu antara aktiviti kat hospital. jom tengok gambar kat school pulak.
cehh..kunun-kunun tengah cari info padahal tengok anime. haha. time ni sambil tunggu prof saad sampai.
takde keje
tangkap gambar sambil tunggu prof saad

2 orang gadis kat belakang tu “khusyuk” sangat kan?

cehhh masing-masing

nak dekat sejam tunggu prof, akhirnya sampai jugak and start presentation. ni time turn aku kene present.

ada gaya lecturer tak? hahaha
hampir 6 jam lebih presentation and discussion, akhirnye habis jugak. lepas tu tangkap gambar dengan prof saad yang sporting gile!
gaya bebas. haha
pictures credit to: Farhani Adlina (yang pakai tudung ungu pink tu)


0 repekan...:
Post a Comment