clerksyip ke-3 : Drug Information Service (atau dalam BM = Servis Informasi tentang Ubat-Ubatan =_=!)
clerksyip DIS ni lepak je. assignment tak banyak. report pun senang nak buat. pergi hospital pun 1 hari je (clerksyip lain selain TPN, 2 hari dekat hospital). selebihnya di Pusat Racun Negara (PRN).
cuma satu je aktiviti clerksyip DIS yang memang buat semua orang tension iaitu ON-CALL activity. tapi, on-call ni just latihan je dan yang call tu pun lecturer kitorang jugak. kire bukan case betul la. kalau betul, mampuih la kalau salah jawab kan….
setiap sorang akan dapat satu henfon untuk on-call. ditakdirkan aku dapat pada hari pertama (hari isnin) sebab nama aku antara 4 nama teratas dalam senarai (gilir-gilir; satu hari 4 orang buat on-call).
agak menggelabah la jugak sebab dari cerite senior-senior and from group yang buat DIS minggu lepas-lepas, ada yang dapat call pukul 5 pagi…waaa….aku duk pikir, kalau pukul 5 pagi dia call memang aku tak tidur langsung la. karang kalau aku tidur and henfon berbunyi, memang aku tak sedar la. silap-silap, aku reject terus sebab ingat tu bunyi alarm henfon.
nak lagi syok, hari isnin tu ada final bola sepak sukan sea. malaysia lawan indonesia. stress aku. aku tak kira, aku nak turun jugak tengok bola.
before turun bilik tv nak tengok bola, aku dah siap packing buku-buku aku dalam beg, in case kalau kene call time tengah tengok bola boleh la aku bukak buku kat situ (ngeh ngeh..baik punye plan).
nak jadi cerite, member aku datang bilik. tertangguh kejap nak turun tengok bola. dalam tengah sedap duk bergosip-gosip, tepat pukul 8.45 malam, tiba-tiba berbunyik!! aku pandang roomate aku, roomate aku pandang aku. dalam kepala otak aku – apesal lain macam je ringtone ni? =..=
ape lagi, menggelabah tak ingat la aku. SERIOUSLY, tak expect langsung dia nak call time tu. aku bajet dia nak call pagi-pagi subuh. nasib baek, roomate aku and member aku tolong sekali search jawapan untuk aku.
soalan? warfarin side effect for 1 and 1/2 month years old child.
habis je jawab. LEGA GILERRRR….and turun tengok bola dengan aman.
basically, tugas pharmacist dalam DIS department kat hospital is to provide right information regarding drugs to health workers such as doctors, nurses, and also the public.
contohnya, kalau doctor terlupa berapa dos untuk perindopril, dia boleh straight call pharmacist yang bertugas di DIS. pharmacist kat DIS pulak, bukan just straight away bagiitau berapa dos perindopril. kena tanye jugak, untuk siapa, untuk penyakit apa, and any related questions. sebab ade certain umur dosnya lain, certain penyakit, dosnya lain. so, tugas pharmacist ni bukan provide information saja tapi RIGHT information.
selain aktiviti kat hospital, kitorang pun ada aktiviti kat Pusat Racun Negara (PRN). di PRN, kebanyakkan call ada berkenaan kes-kes keracunan macam terminum clorox ke, keracunan ubat panadol ke, kene patuk ular ke, terhidu gas beracun ke, allergic dengan ubat ke, etc etc etc.
PRN ni adalah satu-satunya pusat racun kat Malaysia ni. so, semua hospital seluruh Malaysia, kalau ada enquiries mengenai kes keracunan, atau kes bunuh diri yang stail telan ubat banyak-banyak tu, diorang akan call ke PRN.
jadi, kalau korang terserempak dengan keadaan keracunan, boleh je call PRN ni. diorang boleh tolong bagi bantuan awal before masuk ke hospital.
kat sini pun ada on-call jugak tapi takde la se’tension’ on-call before tu. ni just simulation on-call je.
banyak pulak cerite clerksyip yang minggu ni. tengok gambaQ pulak.

DIS di Hospital Pulau Pinang
konon-konon candid ar…

=_=!
di Pusat Racun Negara
lama sangat menunggu. tido jap.
on-call simulation
tisu sape la. buat slack gambaQ je.
pictures credit to Farhani Adlina. al-maklum la takde kamera sendirik.


0 repekan...:
Post a Comment