Code Blue merupakan drama from Jepun. Aku baru habes season 1 and lepas ni aku nak proceed for season 2 pulak.
Aku tak tau ni drama tahun bila but it is a nice drama. Aku ambil cerita ni from member aku yang memang rajin mendownload drama-drama korea dan jepun.
Aku memang fanatik drama korea. Sekarang ni pun aku tengah gila bayang dengan drama City Hunter.
Tapi, aku tengok jugak drama Jepun. Cume aku suke drama Jepun yang medical-based je. Cerita pasal medical doctor. Berlambak drama Jepun pasal doktor-doktor ni.
Contohnya, Godhand Teru, Jin, Iryu Team Medical Doctor dan juga Code Blue. Drama korea aku tak tengok sangat drama pasal medic ni cuma New Heart je aku tengok. New Heart memang superb la cerita dia. Bedah orang macam real je.
Okay, back to the topic. Code Blue ni mengenai 4 orang doktor yang still dalam diorang punya Fellowship program telah diterima masuk ke sebuah hospital ni. Shohoku Hospital.

gambar ehsan Google
Istimewanya hospital ni, diorang ada khidmat Doctor-Heli. Meaning, kalau ada emergency macam jatuh bangunan ke, jatuh sungai ke, doktor akan terus ke tempat kejadian dengan menaiki helicopter. Dan, lepas doktor bagi rawatan kecemasan, pesakit akan terus dihantar ke hospital berdekatan atau Shohoku Hospital dengan menggunakan helicopter juga.
Kiranya, penghantaran pesakit lebih cepat daripada menggunakan ambulance. Ye la, dengan jalan jam la, hospital jauh la, so, guna helicopter lebih cepat.
Dalam drama ni, kita dapat tengok pengalaman pertama doktor pelatih apabila menjadi seorang ‘flight doctor’. Daripada 4 orang doktor pelatih, 3 orang dapat naik helicopter ke tempat kejadian tapi hanya seorang saja yang betul-betul boleh menjalankan tugas mereka sebagai seorang ‘flight doctor’.
2 orang lagi, semua tiba-tiba jadi ‘blank’ dan ‘blur’ bila tengok keadaan mangsa setelah turun dari helicopter. Selama ni diorang hanya merawat pesakit di hospital atau di katil bedah, tapi ‘flight doctor’ merawat pesakit di tempat kejadian. Jadi, keadaan dan situasi yang berbeza membuatkan diorang ni tiba-tiba jadi seorang yang tak tau apa yang perlu dibuat saat itu.
Setelah mengendalikan pelbagai kes, keempat-empat doktor ini menjadi seorang ‘flight doctor’ yang berjaya.
Bagi aku, beza drama korea dengan jepun ialah bila sampai part ‘emo’ atau ‘sedih’, drama jepun memang juara la. Dalam drama Code Blue ni, dah berapa kali air mata aku bergenang. Kalau sape yang jenis hati tisu, sure meleleh…
Okay, aku bagi sikit screenshot drama ni…

dr. fujikawa yang tak berapa nak terer. mak dia terdengar senior doc suruh anak dia resign dan cari hospital lain. untuk ubat hati anak dia, dia hantar surat konon-kononnya surat from peminat. tapi, dr fujikawa kenal tulisan mak dia.




Dr Hiyama: I’ll save you.
Patient: Thank you, doctor.
Dr. Mitsui: There is no hope.
Dr Hiyama: I’m sorry.



Nenek Dr Aizawa mengidap dementia. Dia langsung tak kenal cucu dia sendiri. Dr Aizawa menemani neneknya membeli semua gula-gula dan snack di kedai walaupun Dr Aizawa dah bagitau dia yang dia bukan boleh makan semua tu walaupun beli banyak-banyak. Nenek die beritahu bahawa dia dah berjanji dengan cucunya untuk belikan gula-gula sebab cucu dia dah berusaha kuat dan hanya membeli gula-gula saja yang mampu dia lakukan. Dr Aizawa terharu dan menangis mendengar kata-kata neneknya itu.

scene di mana seorang ibu mengandung yang terlibat dalam kemalangan. doktor terpaksa membuat keputusan menyelamatkan ibu daripada menyelamatkan bayi. namun, dr Aizawa kesian melihat situasi tersebut dan tekad untuk menyelamatkan kedua-duanya.


0 repekan...:
Post a Comment