isu halal & haram dalam ubat-ubatan: pengetahuan masyarakat islam terhadap ubat-ubatan

Halal dan haram meliputi seluruh kehidupan seorang Muslim, bukan sekadar makanan dan minuman sahaja malah halal meliputi kesemuanya daripada makanan separuh masak sehingga produk farmaseutikal.

Masyarakat sekarang sudah terdidik untuk membeli sendiri ubat di kedai-kedai farmasi tanpa berjumpa dengan doktor jika mengalami sakit-sakit yang ringan seperti alergik, batuk, selesema, sakit perut dan sebagainya.

Jadi, sangat penting bagi seseorang Muslim untuk mengetahui ubat-ubatan yang diberikan doktor mereka sama ada ia dari sumber yang Halal atau tidak.

Terdapat sesetengah hadis atau riwayat yang menerangkan larangan menggunakan ubat-ubatan yang haram seperti:

“Assuredly Allah did not provide a cure for you in what He has prohibited to you” (Reported by al-Bukhari on the authority of Ibn Mas’ood)

**sorry, tak reti translate hadis ni ke BM**

Sebarang ubat yang mengandungi bahan yang haram, dibenarkan penggunaannya hanya dalam keadaan berikut:

  1. Jika nyawa pesakit dalam bahaya jika tidak menggunakan ubat tersebut
  2. Jika sememangnya tiada alternatif halal atau ubat gantian yang lain
  3. Jika ubat tersebut diberikan oleh doktor Muslim yang berpengetahuan dan takutkan Allah.

Walaubagaimanapun, jarang sekali terdapat kes yang memerlukan pengambilan sesuatu yang haram sebagai contoh mengambil ubat.

Pengecualian yang dinyatakan di atas digunapakai dalam kes di mana seorang Muslim berada dalam keadaan dia tidak dapat mencari ubat selain ubat yang mengandungi bahan yang haram.

Maka, sesungguhnya adalah penting bagi seseorang Muslim untuk mengetahui ubat yang diberikan kepada mereka dan meminta ubat alternatif jika ubat tersebut mengandungi bahan yang haram atau ubat tersebut dikategorikan sebagai mushbooh/syubhah (di antara halal dan haram).

Jadi, adalah sangat penting untuk memaklumkan kepada masyarakat Islam tentang isu halal dan haram dalam ubat-ubatan.

Apakah pengetahuan anda terhadap isu ini? Jawab kaji selidik di sini untuk mengetahui tahap pengetahuan anda.

Kaji selidik mengenai isu ini merupakan projek tahun akhir saya untuk kursus Sains Farmasi dari Universiti Sains Malaysia dan dibantu oleh penyelia saya.

Harap anda dapat membantu menjawab kaji selidik ini di samping menambah pengetahuan anda tentang halal dan haram dalam ubat-ubatan.

Terima kasih.

 

Kaji Selidik mengenai Isu Halal dan Haram dalam Ubat-Ubatan: Pengetahuan Masyarakat Islam terhadap Ubat-Ubatan

opioids

0 repekan...:

Followers

Back to Home Back to Top Mi Blog Mi Vida. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.